Memori banjir tahun 2024
Taman Sri Bayu, Tumpat
Hari ini genap satu tahun
Hari ini, 28 November 2025, genap setahun sejak banjir besar 28 November 2024 — satu tarikh yang masih terasa dekat dalam hati aku, seolah-olah ia baru berlaku semalam. Setahun sudah berlalu, tetapi setiap detik hari itu masih hidup dalam ingatan aku.
Pada 28 November 2024, langit gelap sejak pagi. Hujan turun tanpa henti, dan aku tahu sesuatu yang tak baik sedang datang. Air di Taman Sri Bayu mula naik sedikit demi sedikit. Longkang penuh, parit melimpah, dan jalan depan rumah aku semakin tenggelam.
Tetapi aku kuat kan hati dan tenangkan perasaan. Taman Sri Bayu Tumpat Kelantan tidak pernah dilanda banjir besar. Aku yakinkan diri bahawa tidak ada apa yang perlu dibimbangkan.
Aku masuk ke bilik tidur dan merebahkan diri ke atas tilam. Aku berjaya yakinkan diri tiada apa-apa gejala buruk yang akan berlaku. Aku tidur dengan nyenyak tanpa menyedari sudah empat pagi baru terjaga. Aku bangun dan meletakkan kaki ke lantai untuk pergi ke tandas. Alangkah terkejutnya apabila terasa kakiku terendam dalam air. Ini kenangan banjir besar melanda Taman Sri Bayu.
Tahun ini aku lebih peka kepada berita semasa mengenai banjir. Banjir besar di Hatyai Thailand memang menakutkan. Setiap hari melihat berita banjir, paras sungai, high tide low tide, angin dan hujan. Amaran kepada penduduk tempatan supaya pindah dan Pusat pusat Pemindahan Sementara PPS telah dibuka.
Aku juga berpindah tetapi tiada yang dapat menerima aku kerana sudah penuh.
Ramalan akan berlaku banjir besar sampai hari ini 28 November 2025 belum terjadi.
Comments
Post a Comment