Posts

Jalan sedang dibaiki,

 Sejak banjir melanda Seri Bayu jalan antara Seri Bayu dengan Kg Tujoh sudah terputus. Aku tidak lagi melawat pantai peranginan di Tujoh atau Pantai Geting. Begitu juga tidak lagi ke Klinik Neting. Kalau ingin rawatan pergi ke Bandar Bentara Tumpat.  Nampak nya dua buah jentolak sedang menimbun batu batu besar buat tambak di jalan terputus itu. Tidak lama lagi kuala sungai baru akan tertutup.  Kerja kerja penambunan itu terus berjalan lancar. 

Kong Hee Fa Cai. Selamat Tahun Baru Cina.

 Lupa pula hendak sebutkan babawa hari Hari Raya Kaum Cina. Aku sendiri dilahirkan dan dibesarkan dalam keluarga Cina. Aku pun aku hidup dalam perkampongan Melayu aku kekal sebagai orang Cina. Agama dan adat resam ikut orang Cina. Sepatunya hari Hari Raya ini disambut dengan gembira. Tetapi aku masih dalam keadaan duka nestapa.  Aku ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada kaum kerabat dan sahabat handai yang sambut Perayaan Tahun Baru.  Kami sebagai orang Cina memberi sambutan besar kedatangan Tahun Baru atau Tahun Ular. 

Genap dua bulan dilanda banjir

 Banjir melanda Sri Bayu pada 29 November 2024. Hari ini 29 hb January 2025. Genap dua bulan ditimpa banjir. Begini lah nasib diriku yang malang. Tak boleh bersenang lah lenang. Sudah jatuh tangga kemudian pula ditimpa tangga. Musibah datang bertubi tubi.  Hidup perlu sabar dan tabah. Dugaan banyak. Saat kita rasa segala gala okay tapi bencana datang secara mengejut. Mujur lah masih ada yang dapat diselamatkan. Mujur lah diri kita okay. Mujur selalu ada. 

Pengalaman dari Banjir

 Aku membuat kesilapan kerana terlalu optimis bahawa banjir besar tak mungkin betlaku di Tan Sri Bayu. Kalau aku rasa kawasan ini boleh ditenggalami air aku tak lah pindah ke sini. Aku ada banyak pilihan.  Tetapi apa yang berlaku memberi pengajaran kepada kita. Bila kita ada dalam keadaan kesusahan adakah pertolongan datang kepada kita. Kita telah membuat banyak kebaikan masa dahulu. Adakah pertolongan yang kita kepada orang lain akan memberi manfaat kepada kita.  Buat baik berpada pada buat jahat jangan sekali. Memang orang yang kita tolong tak boleh datang menolong kita. Mereka sendiri dalam seperti sakit tua atau telah meninggal. Tetapi orang lain yang mempunyai benevolent heart datang menolong kita. 

Banjir berakhir

 Tinggal di MRSM 3 hari dan 2 hari di hotel pantai genting. Banjir sudah surut. 3 January sudah ada yang pulang ke Sri Bayu. Aku pulang pada 4 hb January. Tiba di rumah teres Jalan Permai 1  kelihatan tiada lagi air Mula mula ku lihat 5 kucing ku selamat dan dalam keadaan kelaparan. Tetapi makanan kucing terselamat. Aku sendiri melihat bantuan banjir sedang di salurkan kepada orang ramai. Seorang anak muda dari Kok Keli membawa nasi lemak bungkus untuk orang ramai. Dia juga memberi 2 bungkus nasi lemak yang masih panas.  Keesokan hari badan amal dari Negeri Sembilan datang dan membersihkan rumah teres. Pertolongan datang bertubi tubi. Rombongan dari Majlis Perbandaran Kuantan juga datang membersihkan sampah sarap, membantuan kewangan rm300 kepada setiap rumah yang ada penghuni. Disamping itu memberi makanan segera, beras, gula dan biskut.  Rombongan dari KWAP juga datang membersih dapor gas kepada orang pencen dan penjawat awam. Bantuan tidak keputusan berbagai pertu...

Pekan Telaga Lanas.

 Hari kedua di kemah MRSM Tumpat saya keluar meronda ronda dengan pak som.Kami kembali ke kem MRSM.Kami pergi makan dan membeli belah di Telaga Lanas. Kawasan ini bebas banjir dan penduduknya menjalankan kehidupan seperti biasa. Kedai berfungsi seperti biasa juga. Ada kedai far nasi, 7 eleven, restiran, runcit dan kedai dobi.  Di sini juga ada stesen minyak Caltex. Apa yang kita perlukan pun ada Tetapi aku terlupa hendak beli selimut dan bantal. Boleh juga beli tikar. Tetapi terlupa pula Yang dibeli biscuits dan obat obatan.  Keadaan banjir masih teruk. Dekat simpang ke jalan Herbal dan ke Jubakar Darat tak boleh di lalui. Jalan ke  Seri Bayu lebih teruk lagi. Jalan ke pantai Geting dan Tujuh pun air belum surut. 

Pak Som

 Pada 30 hb November 2024 aku berkenalan dengan Pak Som. Nama sebenar nya aku tak pasti. Dia lebih muda dari aku. Jadi tak sesuai dipanggil "Pak." Biasanya orang yang aku temui jauh lebih muda dari aku. Maklum lah sudah berusia pertengahan 70an. Ramai kawan sudah pergi.  Pada hari itu selepas sarapan nasi dengan sardine kawan terasa hidup minum tea. Aku berjalan munda mandir dan kelihatan ramai penghuni kemp keluar masuk. Aku bertanya salah seorang yang berjalan masuk ke kem p. Ada kedai kah di luar sana. "Ada." Jawab nya. Di hadapan Komplex Giat Mara Ada sebuah kedai kecil. Aku terus berjalan ke sana dan melintas jalan. Kedai kecil ini menjual nasi dan minuman.  Aku order secawan tea. Ku lihat makanan sudah kehabisan. Kuih muih pun tidak kelihatan. Jadi cukup lah dapat minum. Aku tengok ada dua tiga orang turut minum sambil berbual mengenai banjir. Aku pun turut sama dan menunjuk minat melihat kawasan yang dinaiki air. Jalan ke Seri Bayu telah runtuh Air banjir yan...