Pak Som

 Pada 30 hb November 2024 aku berkenalan dengan Pak Som. Nama sebenar nya aku tak pasti. Dia lebih muda dari aku. Jadi tak sesuai dipanggil "Pak." Biasanya orang yang aku temui jauh lebih muda dari aku. Maklum lah sudah berusia pertengahan 70an. Ramai kawan sudah pergi. 

Pada hari itu selepas sarapan nasi dengan sardine kawan terasa hidup minum tea. Aku berjalan munda mandir dan kelihatan ramai penghuni kemp keluar masuk. Aku bertanya salah seorang yang berjalan masuk ke kem p. Ada kedai kah di luar sana. "Ada." Jawab nya. Di hadapan Komplex Giat Mara Ada sebuah kedai kecil. Aku terus berjalan ke sana dan melintas jalan. Kedai kecil ini menjual nasi dan minuman. 

Aku order secawan tea. Ku lihat makanan sudah kehabisan. Kuih muih pun tidak kelihatan. Jadi cukup lah dapat minum. Aku tengok ada dua tiga orang turut minum sambil berbual mengenai banjir. Aku pun turut sama dan menunjuk minat melihat kawasan yang dinaiki air. Jalan ke Seri Bayu telah runtuh Air banjir yang deras telah merempoh jalan raya dan mengalir ke laut. Sementara itu jalan raya di Neting dekat stesen minyak Petronas juga dinaiki air. 

Ada kah kereta sewa di sini saya ingin sewa untuk lihat banjir. Kalau minat boleh guna kereta saya jalan jalan tengok banjir. Tak payah sewa sekadar menolong belikan minyak. Boleh berjalan jalan dua tiga jam. Lepas itu saya balik jumpa keluarga dalam ken. 

Setelah itu pergi lah aku mengikut Pak Som.  Kita pergi ke pekan Telaga Lanas dahulu untuk isi minyak. Kami pun bercakap cakap antara lain dia menyebut dia menghadapi masalah kewangan. Katanya dia baru bayar road tax dan insurance kereta nya. Sekarang duduk dalam kem susah hendak sesiapa. Ini kebetulan saja sebab kena pindah. Rumahnya pun dinaiki air. 

Comments

Popular posts from this blog

Kenangan yang masih panas. Banjir besar di Sri Bayu.

Pekan Telaga Lanas.

Satu petang di Taman Sri Bayu Tumpat Kelantan