Kenangan yang masih panas. Banjir besar di Sri Bayu.
Sekarang aku sedang berehat dan membuat refleks suka duka dalam kehidupan. Sementara gejala banjir masih kuat dalam ingatan Ku hidupkan gambaran masa banjir. Pada hari itu 29hb November aku tinggal sendirian di rumah teres di Jalan Permai dan Damai. Sebelum masuk tidor aku melihat air sudah berada di kaki lima dan kelihatan bertambah susut. Tanpa rasa apa apa kebimbangan aku masuk tidur di katil yang kecil di bilik utama.
Setelah mengelamun aku tertidur dengan nyenyak. Terbangun untuk ke tandas aku meletakkan kaki ke atas lantai. Terkejut besar kerana terpijak dalam air yang dalam sampai buku lali.
Aku ke bilik tandas dan kemudian keluar dan terus ke bilik tamu atau living room. Saperti diduga air sudah memenuhi ruang tamu, ruang dapur dan juga tempat letak kereta.
Aku masuk balik ke ruang tamu dan menyediakan sarapan pagi. Buat Maggi dan tea o. Lepas itu tukar seluar pendek tetapi menutup kaki. Aku duduk di atas sofa yang dan meletakkan kedua kaki ke atas meja Coffee table. Tiba-tiba terasa air telah naik dengan pantas. Terpaksa aku berdiri dalam air.
Aku keluar ke laman rumah dan melihat air telah tinggi. Aku sudah terperangkap dan tak boleh ke mana mana. Air di atas jalan lebih tinggi dari dalam rumah. Kereta masih di laman rumah. Aku pasti tak boleh memandu keluar. Untuk mengharungi air keluar dari kawasan itu juga tidak mungkin. Bersambung....
Hari ini 19 Disember 2024 cuaca bertambah baik. Matahari memancarkan cahaya dengan terang. Gelaja air pasang surut bertambah. Keadaan tidak membimbangkan.
ReplyDeleteBoleh rileks sambil berbaring dan harapkan keadaan esok hari terus baik
ReplyDelete