Sambungan: Menjelang Monsun Baru di Taman Sri Bayu Setahun sudah hampir berlalu sejak banjir besar 28 November 2024. Kini, aku berada di Taman Sri Bayu, sebuah kawasan yang aman tetapi masih membawa parut banjir tahun lalu. Walaupun suasana kini tenang—burung berkicau, sungai mengalir perlahan, dan kucing-kucing datang mencari makan—aku sedar bahawa musim baharu sedang mendekat. Ramalan cuaca yang dikeluarkan baru-baru ini mengatakan bahawa keadaan La Niña lemah sedang berlaku, dan Monsun Timur Laut bakal bermula pertengahan November 2025. Di Kelantan, episod hujan lebat dijangka datang lebih awal daripada negeri lain. Lima hingga tujuh siri hujan besar diramalkan turun antara November hingga Januari. Aku membaca ramalan itu perlahan-lahan. Di Sri Bayu, ramalan bukan lagi teori cuaca. Ia adalah bayang kepada pengalaman yang pernah aku lalui sendiri. Dari pintu rumah, aku melihat tebing sungai yang sedang dibaiki. Alat berat masih bekerja, meletakkan batu-batu besar untuk mengukuhk...
Langit berbisik guruh di awan, Petir menari di tirai malam. Daun-daun resah pun diam perlahan, Menunggu rahmat turun ke alam. Pokok-pokok bangkit tanpa suara, Akar bersedia menghilang dahaga Titis pertama jatuh di riba, Lalu bumi tersenyum bahagia Tidurlah damai di bawah hujan, Dengan alam diselimut tenang. Semoga mimpi berlayar perlahan, Menuju pagi yang indah gemilang.
Taman Sri Bayu, Tumpat Hari ini genap satu tahun Hari ini, 28 November 2025, genap setahun sejak banjir besar 28 November 2024 — satu tarikh yang masih terasa dekat dalam hati aku, seolah-olah ia baru berlaku semalam. Setahun sudah berlalu, tetapi setiap detik hari itu masih hidup dalam ingatan aku. Pada 28 November 2024, langit gelap sejak pagi. Hujan turun tanpa henti, dan aku tahu sesuatu yang tak baik sedang datang. Air di Taman Sri Bayu mula naik sedikit demi sedikit. Longkang penuh, parit melimpah, dan jalan depan rumah aku semakin tenggelam. Tetapi aku kuat kan hati dan tenangkan perasaan. Taman Sri Bayu Tumpat Kelantan tidak pernah dilanda banjir besar. Aku yakinkan diri bahawa tidak ada apa yang perlu dibimbangkan. Aku masuk ke bilik tidur dan merebahkan diri ke atas tilam. Aku berjaya yakinkan diri tiada apa-apa gejala buruk yang akan berlaku. Aku tidur dengan nyenyak tanpa menyedari sudah empat pagi baru terjaga. Aku bangun dan meletakkan kaki ke lantai untuk pergi ke t...
Comments
Post a Comment