Jurnal Kesyukuran 25 Ogos


Jurnal Kesyukuran 


Hari ini saya berhenti sejenak untuk merenung.

Saya bersyukur kerana kehidupan itu sendiri — peluang untuk wujud di dunia yang luas dan penuh misteri ini.

Saya bersyukur kerana dapat hidup setiap detik, menikmati nikmat bernafas, berjalan, mendengar burung berkicau, dan merasai hangatnya mentari.

Dan setelah melalui segala cabaran: Covid 19 , Vaksin dan kesakitan teruk, banjir besar, kebakaran, saya amat bersyukur masih hidup, masih di sini, masih dapat merasai, belajar, dan mengasihi.

Masalah dapat ditangani. Kembali ke jalan damai dan permai tsb. 

Comments

Popular posts from this blog

Ramalan banjir 2025

Satu petang di Taman Sri Bayu Tumpat Kelantan

Pekan Telaga Lanas.