Posts

Showing posts from January, 2025

Kong Hee Fa Cai. Selamat Tahun Baru Cina.

 Lupa pula hendak sebutkan babawa hari Hari Raya Kaum Cina. Aku sendiri dilahirkan dan dibesarkan dalam keluarga Cina. Aku pun aku hidup dalam perkampongan Melayu aku kekal sebagai orang Cina. Agama dan adat resam ikut orang Cina. Sepatunya hari Hari Raya ini disambut dengan gembira. Tetapi aku masih dalam keadaan duka nestapa.  Aku ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada kaum kerabat dan sahabat handai yang sambut Perayaan Tahun Baru.  Kami sebagai orang Cina memberi sambutan besar kedatangan Tahun Baru atau Tahun Ular. 

Genap dua bulan dilanda banjir

 Banjir melanda Sri Bayu pada 29 November 2024. Hari ini 29 hb January 2025. Genap dua bulan ditimpa banjir. Begini lah nasib diriku yang malang. Tak boleh bersenang lah lenang. Sudah jatuh tangga kemudian pula ditimpa tangga. Musibah datang bertubi tubi.  Hidup perlu sabar dan tabah. Dugaan banyak. Saat kita rasa segala gala okay tapi bencana datang secara mengejut. Mujur lah masih ada yang dapat diselamatkan. Mujur lah diri kita okay. Mujur selalu ada. 

Pengalaman dari Banjir

 Aku membuat kesilapan kerana terlalu optimis bahawa banjir besar tak mungkin betlaku di Tan Sri Bayu. Kalau aku rasa kawasan ini boleh ditenggalami air aku tak lah pindah ke sini. Aku ada banyak pilihan.  Tetapi apa yang berlaku memberi pengajaran kepada kita. Bila kita ada dalam keadaan kesusahan adakah pertolongan datang kepada kita. Kita telah membuat banyak kebaikan masa dahulu. Adakah pertolongan yang kita kepada orang lain akan memberi manfaat kepada kita.  Buat baik berpada pada buat jahat jangan sekali. Memang orang yang kita tolong tak boleh datang menolong kita. Mereka sendiri dalam seperti sakit tua atau telah meninggal. Tetapi orang lain yang mempunyai benevolent heart datang menolong kita. 

Banjir berakhir

 Tinggal di MRSM 3 hari dan 2 hari di hotel pantai genting. Banjir sudah surut. 3 January sudah ada yang pulang ke Sri Bayu. Aku pulang pada 4 hb January. Tiba di rumah teres Jalan Permai 1  kelihatan tiada lagi air Mula mula ku lihat 5 kucing ku selamat dan dalam keadaan kelaparan. Tetapi makanan kucing terselamat. Aku sendiri melihat bantuan banjir sedang di salurkan kepada orang ramai. Seorang anak muda dari Kok Keli membawa nasi lemak bungkus untuk orang ramai. Dia juga memberi 2 bungkus nasi lemak yang masih panas.  Keesokan hari badan amal dari Negeri Sembilan datang dan membersihkan rumah teres. Pertolongan datang bertubi tubi. Rombongan dari Majlis Perbandaran Kuantan juga datang membersihkan sampah sarap, membantuan kewangan rm300 kepada setiap rumah yang ada penghuni. Disamping itu memberi makanan segera, beras, gula dan biskut.  Rombongan dari KWAP juga datang membersih dapor gas kepada orang pencen dan penjawat awam. Bantuan tidak keputusan berbagai pertu...

Pekan Telaga Lanas.

 Hari kedua di kemah MRSM Tumpat saya keluar meronda ronda dengan pak som.Kami kembali ke kem MRSM.Kami pergi makan dan membeli belah di Telaga Lanas. Kawasan ini bebas banjir dan penduduknya menjalankan kehidupan seperti biasa. Kedai berfungsi seperti biasa juga. Ada kedai far nasi, 7 eleven, restiran, runcit dan kedai dobi.  Di sini juga ada stesen minyak Caltex. Apa yang kita perlukan pun ada Tetapi aku terlupa hendak beli selimut dan bantal. Boleh juga beli tikar. Tetapi terlupa pula Yang dibeli biscuits dan obat obatan.  Keadaan banjir masih teruk. Dekat simpang ke jalan Herbal dan ke Jubakar Darat tak boleh di lalui. Jalan ke  Seri Bayu lebih teruk lagi. Jalan ke pantai Geting dan Tujuh pun air belum surut. 

Pak Som

 Pada 30 hb November 2024 aku berkenalan dengan Pak Som. Nama sebenar nya aku tak pasti. Dia lebih muda dari aku. Jadi tak sesuai dipanggil "Pak." Biasanya orang yang aku temui jauh lebih muda dari aku. Maklum lah sudah berusia pertengahan 70an. Ramai kawan sudah pergi.  Pada hari itu selepas sarapan nasi dengan sardine kawan terasa hidup minum tea. Aku berjalan munda mandir dan kelihatan ramai penghuni kemp keluar masuk. Aku bertanya salah seorang yang berjalan masuk ke kem p. Ada kedai kah di luar sana. "Ada." Jawab nya. Di hadapan Komplex Giat Mara Ada sebuah kedai kecil. Aku terus berjalan ke sana dan melintas jalan. Kedai kecil ini menjual nasi dan minuman.  Aku order secawan tea. Ku lihat makanan sudah kehabisan. Kuih muih pun tidak kelihatan. Jadi cukup lah dapat minum. Aku tengok ada dua tiga orang turut minum sambil berbual mengenai banjir. Aku pun turut sama dan menunjuk minat melihat kawasan yang dinaiki air. Jalan ke Seri Bayu telah runtuh Air banjir yan...

PPS MRSM Tumpat

 Kami dipindahkan ke kawasan selamat dari Banjir. Tugas pasokan penyelamat telah selesai. Sekarang kami yang harus tentukan hendak ke mana. Tinggal di hotel ada lah pilihan pertama. Tetapi masalah nya hotel telah penoh atau tiada bilik kosong. Seorang muda yang memberi saya tumpang keretanya cadangkan ke PPS dan dia bawa aku ke MRSM Tumpat.  Sampai di sana aku turun dan mengucapkan terima kasih kerana menolong. Aku menuju ke arah orang ramai yang berkumpul di kaki lima dekat penjabat. Aku mundar mandir dan terpingga tak tahu apa nak buat. Aku bertanya adakah saya boleh tinggal bermalan di sini. "Tanya pegawai yang beruniform itu" Kata salah seorang yang kumpul di sini.  Sambil itu dia berkata lagi kita boleh tinggal di kaki lima. Kami pun belum dapat tempat kena tunggu. Pegawai beruniform pula berkata tempat telah penoh cuba cari PPS lain. Seorang staff cuba cari PPS lain tetapi tiada. Dia kata nanti tanya cikgu kalau boleh tinggal di sini. Cikgu kata boleh dan minta staf...

Pasukan penyelamat

 Bila penantian akan berakhir. Debaran jantung mangkin kencang. Kedengaran kucing kucing di dapor sudah gelisah ketakutan berikutan meninggi nya paras air. Ibu kucing melompat keluar dari dapur terus terumban dalam air. Aku menangkap dan menolaknya masuk kedapur melulu I grill.  Tiba tiba pasukan penyelamat dengan track tentera tiba. Dengan tidak berlengah lagi aku tinggaljan kucing itu. Ku lihat Choo choo dan Bee bee sudah berada atas track tentera. Dua pegawai tentera menarik aku ke aras track. Sambil dipapah aku diangkat je atas track.  Air mangkin meninggi dan mengalir dengan land. Track terus menuju ke luar melalui barisan kedai yang telah dipenohi air. Track tentera tiba tiba menarik sebuah kereta yang terperangkap dalam banjir.  Track tentera merentasi air banjir dengan berhati hati. Kami dibawa keluar dari Seri Bayu menuju kampong Tujoh. Sampai berdekatan sebuah masjid kami diturunkan. 

Penantian

Penantian satu kata yang kerap kita temui dalam kehidupan ini. Dari kecil kita menanti waktu makan. Menunggu mak masak dan sajikan makanan. Menanti waktu balik sekolah. Menanti menanti. Tetapi pada 29 November menanti untuk diselamatkan. Apa nak  buat jika tiada siapa datang untuk selamatkan kita.  Air tengah naik. Ada satu pasang warga tua juga menanti untuk diselamatkan. Tiba tiba terdengar telepon uncle sudah ready untuk pindah. Dengar kata sebuah track tentera akan menuju ke sini. Okay saya sudah sedia untuk pindah. Pakaian, batal, obat obatan telah dimasukkan ke dalam supit besar plastik hitam. Dengan dan mudah dibawa.  Uncle tunggu diluar nanti kami datang. Katanya lagi. Rumah uncle tinggi sedikit dan lebih selesa dari rumah kami.  "Okay, datang lah. Uncle menunggu di luar. " Tiba tiba kelihatan air kuat memukul gate pagar. Nasib baik belum tumbang. Dapat disandarkan belakang kereta.  Choo choo dan Bee bee datang dan berdiri dekat kereta.  Hati saya b...
 Aku menyedari bahawa aku sudah terangkap dalam banjir. Untuk mengharongi banjir tidak mungkin. Untuk memandu keluar ke kawasan selamat juga mustahil kerana air telah tinggi untuk kereta biasa. Dalam keadaan mundar mandiri datang sebuah hilux. Pemandunya memangil dengar suara yang kuat supaya keluar dan tinggal.  Aku tak tahu buat apa kerana belum bersedia. Kami sudah tidak boleh menanti kerana air tinggi. Nanti akan datang pasukan penyelamat satu lagi.  Jiran saya pun belum berpindah dan belum bersedia. Tinggal kami bertiga yang terperangkap dalam banjir.  Aku mengambil supit plastik untuk buang sampah. Sambil itu menyedia tempat yang again selamat untuk 5 ekor kucing. Sediakan bekalan makanan dan pasir kucing.  Pintu belakang dibuka untuk membolehkan kucing keluar dari rumah andai kata air naik ke paras yang lebih tinggal.