PPS MRSM Tumpat

 Kami dipindahkan ke kawasan selamat dari Banjir. Tugas pasokan penyelamat telah selesai. Sekarang kami yang harus tentukan hendak ke mana. Tinggal di hotel ada lah pilihan pertama. Tetapi masalah nya hotel telah penoh atau tiada bilik kosong. Seorang muda yang memberi saya tumpang keretanya cadangkan ke PPS dan dia bawa aku ke MRSM Tumpat. 

Sampai di sana aku turun dan mengucapkan terima kasih kerana menolong. Aku menuju ke arah orang ramai yang berkumpul di kaki lima dekat penjabat. Aku mundar mandir dan terpingga tak tahu apa nak buat. Aku bertanya adakah saya boleh tinggal bermalan di sini. "Tanya pegawai yang beruniform itu" Kata salah seorang yang kumpul di sini. 

Sambil itu dia berkata lagi kita boleh tinggal di kaki lima. Kami pun belum dapat tempat kena tunggu. Pegawai beruniform pula berkata tempat telah penoh cuba cari PPS lain. Seorang staff cuba cari PPS lain tetapi tiada. Dia kata nanti tanya cikgu kalau boleh tinggal di sini. Cikgu kata boleh dan minta staff berkenaan pasang kemah untuk saya. Letak di hujung parkir kereta. 

Tinggal di sini tanpa didaftarkan. Tetapi di daftar kan di PPS Sek Men Berangan. Malang sekali jalan perhubungan sudah putus. Banjir terlalu deras dan merempoh dan menghancurkan jalan raya di antara Kampong Tujoh dengan Gate dua. 

Aku tidak dapat ke mana mana walau pun ada kawan yang menawar pertolongan. Ada kawan yang pelawa supaya saya pergi ke Kampong Kulim. Tetapi mustahil. Jalan ke arah Wakaf Baharu telah terputus kerana air melimpah berdekatan stesion minyak Petronas. Lagi pun Kampong Bunohan juga dilimpahi banjir. Begitu juga jalan di Sekolah Cina Terbak. 

Nampaknya aku terperangkap di kawasan MRSM ini. Tetapi dapat dikatakan masih mujur dapat tinggal bermalan di kemah. Makan minum mencukupi. Kemudahan tandas pun masih okay. 





Comments

Popular posts from this blog

Kenangan yang masih panas. Banjir besar di Sri Bayu.

Pekan Telaga Lanas.

Satu petang di Taman Sri Bayu Tumpat Kelantan