Sambungan: Menjelang Monsun Baru di Taman Sri Bayu Setahun sudah hampir berlalu sejak banjir besar 28 November 2024. Kini, aku berada di Taman Sri Bayu, sebuah kawasan yang aman tetapi masih membawa parut banjir tahun lalu. Walaupun suasana kini tenang—burung berkicau, sungai mengalir perlahan, dan kucing-kucing datang mencari makan—aku sedar bahawa musim baharu sedang mendekat. Ramalan cuaca yang dikeluarkan baru-baru ini mengatakan bahawa keadaan La Niña lemah sedang berlaku, dan Monsun Timur Laut bakal bermula pertengahan November 2025. Di Kelantan, episod hujan lebat dijangka datang lebih awal daripada negeri lain. Lima hingga tujuh siri hujan besar diramalkan turun antara November hingga Januari. Aku membaca ramalan itu perlahan-lahan. Di Sri Bayu, ramalan bukan lagi teori cuaca. Ia adalah bayang kepada pengalaman yang pernah aku lalui sendiri. Dari pintu rumah, aku melihat tebing sungai yang sedang dibaiki. Alat berat masih bekerja, meletakkan batu-batu besar untuk mengukuhk...
Langit berbisik guruh di awan, Petir menari di tirai malam. Daun-daun resah pun diam perlahan, Menunggu rahmat turun ke alam. Pokok-pokok bangkit tanpa suara, Akar bersedia menghilang dahaga Titis pertama jatuh di riba, Lalu bumi tersenyum bahagia Tidurlah damai di bawah hujan, Dengan alam diselimut tenang. Semoga mimpi berlayar perlahan, Menuju pagi yang indah gemilang.
Hari kedua di kemah MRSM Tumpat saya keluar meronda ronda dengan pak som.Kami kembali ke kem MRSM.Kami pergi makan dan membeli belah di Telaga Lanas. Kawasan ini bebas banjir dan penduduknya menjalankan kehidupan seperti biasa. Kedai berfungsi seperti biasa juga. Ada kedai far nasi, 7 eleven, restiran, runcit dan kedai dobi. Di sini juga ada stesen minyak Caltex. Apa yang kita perlukan pun ada Tetapi aku terlupa hendak beli selimut dan bantal. Boleh juga beli tikar. Tetapi terlupa pula Yang dibeli biscuits dan obat obatan. Keadaan banjir masih teruk. Dekat simpang ke jalan Herbal dan ke Jubakar Darat tak boleh di lalui. Jalan ke Seri Bayu lebih teruk lagi. Jalan ke pantai Geting dan Tujuh pun air belum surut.
Comments
Post a Comment